Sebelum root, pastikan anda backup data seperti apps, contacts, photos dan lain-lain yang tersimpan di dalam memori telefon (internal memory). Langkah ini adalah untuk keselamatan jika perlu "reinstall" firmware jika tersilap semasa hendak menukar SuperSU
Jom semak di bawah untuk melihat tutorial cara root handphone Sony Xperia L dan lain-lain.
1. Download VRoot di sini (jika anda menggunakan Windows XP, tulisannya adalah kotak-kotak. Jika anda menggunakan Windows 7, tulisannya ialah tulisan cina)
2. Tekan next, next lagi dan next pula. Selepas itu, tekan finish.
3. Download Android SDK di sini. Download mengikut version windows anda. (download untuk kegunaan akan datang sama ada untuk unlock bootloader ataupun tukar kernel)
4. Selepas download, sila extract ke Local C. Kemudian tekan run SDK Manager, tunggu sekejap dan install. Anda akan install Google USB Driver.
SDK Path tu lokasi folder adt-bundle-windows-x86-20130917 (nombor 20130917 tu rujuk pada latest version Android SDK tersebut) harus diletak. Letak dekat C sahaja dan pastikan Google USB Driver sudah ditanda dan tekan Install packages)
5. Selepas install, masa untuk setting di telefon anda pula.
Sebelum itu, sila pergi ke Settings > About phone. Scroll ke bawah sehingga nampak Build number. Sila tekan banyak kali sehingga mode developer keluar.
6. Sila pergi ke Setting > Security > Enable Unknown sources dan pergi ke Developer Options > Enable USB Debugging. "Tick" seperti gambar di bawah.
7. Sila sambungkan wayar USB ke komputer dan telefon anda. Jika keluar installing driver, biarkan sahaja. Jika anda ada masalah untuk install ADB Driver, sila download ADB Driver dan USB Driver.
8. Buka software VRoot yang anda sudah download tadi. Paparannya adalah seperti di bawah.
9. Anda harus memastikan bahawa software itu telah mengenalpasti telefon anda. Kemudian, sila tekan button yang berwarna hijau itu yang tertera perkataan ROOT. Anda hanya tekan itu sahaja dan ia akan menjalankan proses untuk root. Proses ini tidak mengambil masa yang begitu lama.
10. Jika gambar di bawah ini yang keluar bermakna proses root anda sudah berjaya. Selepas proses itu selesai, telefon anda akan restart dengan automatik. Sekarang, anda sudah boleh cabut wayar USB dari telefon anda.
Tahniah, anda sudah berjaya root telefon anda.
NOTE
- Untuk keselamatan, sila disable Verify Apps (Android version 4.2.2) untuk mengelakkan sebarang masalah
- Kebanyakan logo SuperSU di telefon China adalah berbentuk "perisai" dan lain-lain. Jika anda hendak menggantikan SuperSU itu dengan SuperSU "original, sila ikuti kedua-dua tutorial di bawah
Cara Pertama
Install SuperSU, biarkan SuperUser China itu "grant" SuperSU, Anda boleh menghentikan SuperUser itu. Caranya adalah pergi ke Setting > Application dan pergi dekat SuperUser China itu, tekan force stop/close dan tekan disable. Pastikan anda sudah "grant"kan SuperSU dan sudah update binary dia. Jika anda menggunakan Titanium Backup, anda boleh "freeze"kan program itu.
Cara Kedua
Install SuperSU, kemudian pergi dekat aplikasi SuperSU, swipe kanan sekali, Settings > System > Install SuperSU into/system. Dengan menggunakan cara itu, ia akan buang SuperUser China dan digantikan dengan SuperSU yang anda install itu. Tetapi dengan syarat anda haruslah update binary SuperUser dahulu, jika keluar Normal atau pun TPM/CWM pilih Normal.
Good luck ! Semoga berjaya.
Sila berikan feedback di ruangan komen di bawah.
1 comments:
Click here for commentsTutorial Root Sony Xperia Dengan Mudah Dan Cepat ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download Now
>>>>> Download Full
Tutorial Root Sony Xperia Dengan Mudah Dan Cepat ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Tutorial Root Sony Xperia Dengan Mudah Dan Cepat ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK
ConversionConversion EmoticonEmoticon