Lima Perisian Yang Boleh Memantau Penggunaan Internet (Bandwith dan Kelajuan)



Anda boleh memantau penggunaan internet anda seperti bandwith dan kelajuan menggunakan kelima-lima software di bawah. Software-software ini amat mudah untuk digunakan, hanya buka dan software ini akan berjalan yang bermakna akan memudahkan dan melancarkan pekerjaan.

1. PRTG

Apakah yang menarik mengenai perisian ini? Ia mempunyai paparan antaramuka berasaskan web dan juga yang boleh dipasang pada komputer anda. Perisian ini boleh menjadi pemantau kepada apa sahaja yang melalui rangkaian anda. Dari sekecil-kecil data sehinggalah kepada yang menyebabkan 'kesesakan'. 

Perisian ini juga boleh mengesan perisian lain yang banyak menggunakan data, dan ini termasuklah Torrent. Jika anda merasakan ada orang lain yang 'mencuri' data rangkaian anda dan menikmatinya secara percuma, silakan mencuba perisian ini.

Klik di sini, PRTG Network Monitor


2. WFilter

Jika anda mahu menggunakan sesuatu yang dapat memantau e-mel, mesej-mesej melalui aplikasi/perisian, menyekat laman-laman web yang berunsur "negatif" serta menyekat peer-2-peer, ini adalah perisian yang paling sesuai. Jika anda tidak mahu membayar harga yang mahal untuk perisian 'filter' seperti Websense, ia adalah alternatif yang terbaik.

Jika anda mahu melihat semua protokol yang mampu disekat oleh perisian ini, sila klik di sini, WFilter supported protocols

Klik di sini, WFilter

3. NetWorx

Jika anda merupakan pengguna telco biru (Celcom) yang tidak mahu beralih dari telco itu dan anda ingin memantau dengan ketat bandwidth anda, saya sarankan NetWorx. Ini disebabkan oleh paparan laporan yang diberikan kepada anda sangat jelas, tepat dan teliti. 

Apa yang menarik dengan perisian ini ialah ia boleh memutuskan sambungan dari seseorang pengguna kepada rangkaian jika ianya telah melebihi had tertentu yang telah ditetapkan melalui perisian tersebut. 

Klik di sini, NetWorx


4. Net Guard

Net Guard merupakan perisian daripada Cucusoft. Perisian ini merupakan sebuah perisian yang ringkas. Tetapi ia padat dengan info-info yang penting dalam rangkaian, selain daripada mempunyai pelbagai ciri-ciri yang mampu membuatkan anda sehari-suntuk "menelaahnya". 

Perisian ini juga boleh menetapkan berapa GB (GigaByte) bandwidth yang boleh digunakan dalam tempoh sebulan, selain memantau penggunaan internet secara teliti dari kesemua perisian-perisian yang ada. Paling penting sekali ialah ia merupakan perisian yang percuma.

Klik di sini, Cucusoft Net Guard


5. NetSpeedMonitor

Dalam banyak-banyak perisian, ini merupakan perisian yang paling digemari oleh orang ramai. Ini disebabkan oleh paparan perisian ini yang lebih ringkas, tetapi lebih infonya. NetSpeedMonitor adalah ibarat Internet Speed Meter pada Android. Selain daripada perisian ini yang boleh diperolehi dengan percuma, ianya juga memaparkan kelajuan internet rangkaian secara live (langsung).

Perisian ini juga mempunyai laporan yang lengkap berkaitan penggunaan internet harian dan bulanan. Walaupun tidak boleh digunakan untuk menyekat penggunaan internet, tetapi bagi mereka yang gemar melihat kelajuan internet, ini adalah perisian yang wajib dipasang pada komputer. Kali terakhir perisian ini dikemas kini adalah pada tahun 2010, jadi berkemungkinan ini adalah 'dead project'. Walaupun begitu, kalau ia boleh digunakan dengan sempurna, kenapa kita mahu menolak bukan.

Klik di sini, NetSpeedMonitor



Sumber : OMGHackers.Com
Next Post
« Prev Post
Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments
Unknown
admin
27/12/15 3:32 am ×

terbaik bro...sy copy yer

Reply
avatar
Anonymous
admin
23/3/22 12:37 pm ×

Lima Perisian Yang Boleh Memantau Penggunaan Internet (Bandwith Dan Kelajuan) ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Lima Perisian Yang Boleh Memantau Penggunaan Internet (Bandwith Dan Kelajuan) ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Lima Perisian Yang Boleh Memantau Penggunaan Internet (Bandwith Dan Kelajuan) ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Reply
avatar
Thanks for your comment