Tips Fotografi Menggunakan Telefon Pintar


Tips fotografi yang menggunakan telefon pintar ataupun smartphone pada kali ini adalah untuk golongan pemula (newbie) yang baru menceburi bidang ini. Tips fotografi kali ini tidak menuju ke arah situasi yang lebih expert seperti Depth of Field, Camera Angle, Aspect Ratio dan lain-lain lagi. Berikut adalah tips-tips fotografi untuk golongan newbie.

1. Pastikan Jumlah Memori Mencukupi 
Kebanyakan pengguna smartphone terlupa satu perkara ini iaitu ketika membawa telefon pintar mereka ke mana-mana, mereka suka mengambil gambar dan merakam video. Namun, satu perkara penting yang sering dilupakan ialah berapa banyak lagi jumlah memori yang masih tinggal yang boleh digunakan.

Anda harus memastikan jumlah terakhir kapasiti kad memori anda supaya ianya mencukupi untuk menyimpan gambar-gambar atau video-video yang menggamit kenangan. Tatkala terdapat 'moment' atau saat yang menarik, tetapi pada waktu itu kad memori anda sudah penuh, anda pasti menyesal tak sudah kerana gagal mengambil gambar pada saat itu.

2. Buat Sandaran 
Disebabkan pada zaman ini storan awan sudah cukup popular, jadi manfaatkanlah ia dengan sepenuhnya. Storan awam yang popular dan sering digunakan ialah Dropbox. Dropbox boleh digunakan untuk melakukan sandaran (backup) kepada semua fail-fail seperti gambar dan video.

3. Cuba Pelbagai Aplikasi 
Seperti yang kita ketahui, Google Play Store mempuyai pelbagai 'khazanah' seperti aplikasi-aplikasi yang mempunyai fungsi-fungsi yang hebat. Gunakanlah kata kunci seperti 'camera', 'camera hdr', dan lain-lain kata kunci lagi untuk mendapatkan aplikasi-aplikasi kamera yang terbaik. Berikut merupakan beberapa aplikasi yang menjadi pilihan ramai:

  •  Camera Zoom FX 
  •  Camera MX 
  •  Camera FV-5
  •  Camera 360 
  •  DSLR Camera 
  •  Google Camera 
  •  A Better Camera 
  •  Vintage Camera 
  •  XnInstant Pro 
  •  Cinema FV-5 
  •  ProCapture 
  •  Perfectly Clear 

4. Manfaatkan Sumber Cahaya 
Salah satu kelemahan yang paling ketara terhadap kamera pada telefon bimbit ialah kemampuannya untuk 'menangkap' cahaya dengan baik. Disebabkan itulah terciptanya teknologi seperti UltraPixel. Jika boleh, cuba cari sumber cahaya yang dapat membantu untuk 'boost' kualiti gambar yang bakal terhasil, tidak kiralah cahaya yang datang dari tingkap, pintu, lampu, dan sebaik-baik cahaya adalah cahaya matahari.

Anda juga harus mencuba 'bereksperimen' dengan sumber cahaya dari flash yang biasanya terdapat bersebelahan dengan lensa kamera anda. Walaupun kebiasaannya ia tidak banyak membantu, kerana kadangkala gambar boleh jadi 'washed-out', tetapi kalau anda boleh manfaatkan ia, maka itu bonus untuk anda.

5. Grid Lines
Grid Lines boleh membantu anda untuk mendapatkan komposisi gambar yang cantik. Anda harus mencuba dengan meletakkan imej penting yang anda ingin fokuskan pada titik pertemuan antara ke-empat Grid Lines tersebut. Hasilnya pasti memuaskan hati anda.


6. Elak Gambar Yang Membosankan
Sebenarnya, tips ini mempunyai hubungan yang rapat dengan tips Grid Lines. Apakah gambar yang tampak membosankan? Iaitu gambar yang subjek fokusnya berada di tengah-tengah. Cuba variasikan kedudukan subjek dengan menggunakan Grid Lines itu tadi. Saya yakin anda pasti akan faham bagaimana caranya dan di mana tempat letak kedudukan subjek untuk mendapatkan sebuah komposisi gambar yang cantik.

7. Manfaatkan Lensa Luaran
Seperti yang saya katakan sebentar tadi, kemampuan kamera telefon bimbit agak terhad, jadi anda harus mencuba untuk memaksimumkan hasil dan kualiti gambar melalui lensa luaran yang boleh didapati dengan mudah di mana-mana booth  atau kedai di pasar raya.


8. Abaikan Zoom?
Seboleh-bolehnya, jika anda benar-benar memerlukan fungsi zoom, gunakanlah lensa luaran yang menyokong fungsi ini kerana Optical Zoom sudah semestinya jauh lebih cantik berbanding Digital Zoom yang sebenarnya hanya memperbesarkan imej yang ingin ditangkap.


Semoga tips fotografi menggunakan smartphone atau telefon pintar pada kali ini dapat membantu anda dalam bidang fotografi. 

Sumber : OMGHackers.Com
Next Post
« Prev Post
Previous
Next Post »

1 comments:

Click here for comments
Anonymous
admin
23/3/22 12:37 pm ×

Tips Fotografi Menggunakan Telefon Pintar ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download Now

>>>>> Download Full

Tips Fotografi Menggunakan Telefon Pintar ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download LINK

>>>>> Download Now

Tips Fotografi Menggunakan Telefon Pintar ~ Trick Tips Menarik >>>>> Download Full

>>>>> Download LINK

Congrats bro Anonymous you got PERTAMAX...! hehehehe...
Reply
avatar
Thanks for your comment